Tuesday, October 19, 2010

Teringat sewaktu aku masih kecil...seawal usia 10 tahun aku mula berminat untuk menulis luahan hati dalam bait bait sajak...sewaktu itu bermula episod hidup yang menyedihkan dalam family bila ayahanda tiba tiba berkahwin lain..yang aku tahu...orang kebanyakan yang tak punya paras rupa...apalagi harta...terlalu jauh kalau dibanding dengan bondaku,mummy yang beraut arab dari nasab ayahandanya dan berdarah cina dari nasab sebelah nendaku(ibunya cina, ayahnya arab).mummy berhidung mancung,bujur sireh bentuk mukanya...dan tinggi bagai peragawati...mungkin darinyalah aku juga mewarisi ketinggian 5kaki 5 inci.(paling rendah dari kekanda dan adinda perempuanku yang lain)
Hari ini aku menjadi sedikit emosi bila mendengar cerita lampau seorang teman di kantin sekolah pagi tadi....aku merasa begitu simpati bila mendengar ceritanya ...dan aku kagum kerana dia seorang yang tabah....anak adalah keutamaannya....rumahtangga yang dibina dalam usia muda berkecai dipertengahan jalan...namun aku yakin...dia telah menemui kebahagiaannya kini....insyaallah..begitulah pengalaman hidup..kekadang kita fikir...kitalah orang yang paling malang dalam dunia ini kerana terpaksa melalui berbagai dugaan hidup...sebenarnya tidak...ada yang lebih terduga dari dugaan yang kita terima...maknanya kita hendaklah selalu bersyukur kerana dalam kesedihan di sebalik ujian yang allah uji,,ada lagi insan lain yang lebih besar ujian allah untuknya....
teringat lagi bait bait sajak yang aku pernah tulis...dan pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan menulis sajak sewaktu di bangku sekolah.....

POLIGAMI...
ADALAH PESTA LELAKI
MENCINCANG KETUL KETUL HATI DAN PERASAAN
SEORANG PEREMPUAN


MINUMAN YANG DITEGUK LELAKI
ADALAH DARAH
DARI HATI PEREMPUAN
YANG MENGALIR...
MAKANAN YANG DIKUNYAH LELAKI
ADALAH SEGUMPAL HATI PEREMPUAN YANG HANCUR BERKECAI

DIMANAKAH KINI
LETAKNYA
KESETIAAN
SEORANG LELAKI
BERGELAR
SUAMI???

waktu berlalu begitu deras.......ramai yang terluka dan dilukai...inilah yang selalu boss ingatkan di sekolah...dua perkara paling sensitif...WANG dan PEREMPUAN........

Rindu...rindu...rindu....entah kenapa tetiba rindu menerjah diri..nak menjiwang malas nak pupuk, umur pun dah jejak 44 ,bakal 45 tahun depan...tapi hati ini makin dipujuk,semakin kuat rindu menerjah.Degup hati semakin kencang...seolah nama sedang meniti dibibir seseorang....teringat kata orang...kalau nama kita di sebut sebut dek kerana umpatan orang atau orang menyebut kerana teringatkan kita...kita pun akan terasa....begitulah mutakhir ini...dada berdebar tak tentu rasa...nama bagai diseru sang kekasih...oh angin yang membawa kabar...bisiklah di telinga gerangan siapa yang ada dihatinya sekelumit kerinduan pada ku.....hadirkan dia dalam mimpiku sebagai tamu,.... agar jelas...... dia yang merinduiku dalam diam rupanya....
Oh hati...puas ku pujuk...tak mungkin gerangan itu yang melafaz namaku dibibirnya....Biar selama hari ini...nama itu kusimpan cukup kemas dalam lipatan hati...cinta yang sentiasa berkembang untuknya walau aku telah lama dilipat kemas dalam sejarahnya...keyakinanku dialah orangnya yang merinduiku dalam detik sekarang...walau hatinya pernah ku nodai dengan kelukaan. aku dan dia sama sama terluka....
Tuhan...berilah kekuatan padaku....andai dialah yang sedang merinduiku...kau makbulkan doaku ini untuknya...panjangkan umurnya dan berilah aku kesempatan untuk merasai kembali sekelumit kasih sayangnya walaupun yang tinggal hanyalah sekadar sisa....tuhanku...berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi kerinduan yang tak pernah berpenghujung ini....dan aku yakin sedalam ini rinduku pada dia......diapun merinduiku sedalam ini jua....Tuhan,,,hanya kau yang mengetahui apa yang terdetik di dalam hatiku....hanya kau yang tahu betapa aku amat cintakan dia,rindukan dia,,sayangkan dia.....tiada kata yang dapat aku gambarkan tentang rindu yang bersarang dihati ini...segala memori sewaktu aku bersamanya silih berganti dalam ingatan yang tak mungkin terpadam...dialah tempat aku meluah kasih...dialah tempat aku mencurah rindu...bau susuk tubuhnya masih jelas dalam deriabauku....wangi ...yang tak pernah ku hidu dari susuk tubuh lain.....aku ingin menjerit pada dunia...aku rindu....aku rindu... aku rindu padamu BONDAKU.........

Friday, May 7, 2010

Lama sungguh tak menjenguk blog.Malas nak cerita kesibukan hidup.Terpanggil juga untuk menulis .Akhir-akhir ni kerap sakit kepala...banyak hal kat fikiran...dari sekecil benda hinggalah yang sebesar besarnya...kerja di sekolah tak pernah berkurang walaupun nampak macam relax saja...masalah anak anak buah kat sekolah pun perlu disettlekan satu persatu,belum lagi masalah anak murid yang kian bertambah ...dah 33 orang semuanya...balik rumah, lagi banyak dkerja nak buat....ikutkan hati...nak cepat pencen.........
Semalam sibuk dengan kunjungan tetamu dari JPN,PPD dan SKPK Batu Pahat...Alhamdulillah, semua berjalan lancar...terima kasih kak som dan cikgu Aziz kerana menemani dari awal hingga akhir.Harap matlamat tetamu yang datang tercapai...Terimakasih Tn Hj Sarkawi, walaupun tak dapat bersama waktu tu, sms dari masa ke masa tetap berkunjung...tanda perihatin terhadap anak buah yang perlukan panduan.Ye lah, nak memuaskan hati tetamu bukan perkara yang mudah.Syukur lah Program PK kami tak menghampakan tuan...apa yang wajib dibuat, semua kami laksanakan dengan bersungguh sungguh dan hasilannya terbukti setelah tuan memeriksanya diawal pagi....sebagai peneraju di Program PK, saya berjanji pada diri, saya akan berusaha dengan lebih kuat bersama anak buah saya di situ agar suatu masa, program PK membanggakan tuan..... dan terpancar sinarnya dipandangan semua orang. INSYAALLAH.Doakan saya.....

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul

Tiga minggu kebelakangan ni amat memenatkan...bila umur dah jejak 'AsAR' ni, penat sangat bila terkejar kejar memenuhi jadual hidup....Mesyuarat Daerah,mesyuarat kampung ...semua tuntutan kena terpenuh...Jumaat esok majlis maulud kat sekolah...malam ni pun majlis sambutan maulud kampung kat surau depan rumah...tadi sepetang kat bandar mencari barang untuk persediaan sambutan maulud WI jam 2.30 petang di surau depan rumah jugak...YA ALLAH ,,,berilah kekuatan dan kesihatan yang baik untuk ku.....kadang aku rasa tak lagi terdaya......tapi aku bukanlah orangnya yang akan mengelak dari tugas.. Itupun kesian rakan rakan AJK ku yang akan berhempas pulas memasak pagi esok...aku tak dapat rewang kerana ada majlis kat sekolah,satu kewajipan yang mesti ditunaikan....Beginilah hidup....dan aku sentiasa berdoa agar Allah mengurniakan aku kesihatan yang baik,sihat dan janganlah jadikan aku hamba yang alpa terhadap nikmat yang DIA kurniakan padaku....Terkenang perjuangan Rasul...apa ertinya kesakitan yang kita rasa sekelumit ini, kepenatan kita yang jauh tak tertanding dengan kepenatan Rasul membawa sinar pada umat seluruhnya....Kerdilnya kita di sisiNYA......Amin.

Monday, February 15, 2010

ICT....celik ke aku?

Menyebut aje ICT dalam usiaku dah tahun ke 44 ni...macam dah jauh ketinggalan rasanya...namun dalam menyahut seruan berkerjaya seperti aku adalah satu kemestian....jadi nak tak nak, dengan minat ada jugalah sikit pada mulanya,waktu tu tahun 1997, di SK Bandar,Pn Saah seorang yang sangat bersemangat dalam pembaharuan yang datang dalam bidang perguruan ini...setiap guru ada disediakan jadual belajar...waktu tu cikgu Khalidi sebagai meneraju(sekarang dia dah jadi GB)...dan aku bangga waktu tu aku antara yang cepat dapat kuasai apa yang diajar..maklum usia baru 31 tahun...tapi waktu tu tak ada sangatkomputer kat sekolah...adapun dua bijik aje kat pejabat...
Menyahut cabaran waktu tu aku terus dapatkan member aku yang buka kedai komputer...aku pun beli sebijik .Bila dah ada kat rumah tu, dapatlah aku godak- godak komputer tu...tak lah guna sangat pun...kejab kejab aku kena panggil kawan aku...ada aje yang error...tak tahan dengan tu aku hantar anakanda sulong aku belajar komputer dari buta hingga pandai betulkan ....waktu tu aku modalkan RM 1500...harga kekawan .anakanda aku masih kecil tapi ya allah...dia punya minat pada komputer dah macam Guru Besar aku sekarang Tn.Hj Sarkawi....tapi dari situlah dia mula pandai dan dialah yang ajar aku nak pakai word dan buat lembaran kerja untuk anak murid aku....bangga jugak aku sepoint dengan anakanda aku tu...pickup dia ok...
Bila dah tukar kat SK Peserai, tak lah jadi masalah sangat kat aku kalau nak guna word tu...tapi rupanya kat sini lagi kena agresif dengan komputer!
maklum ...sekolah bestari...tuntutan nya dalam penguasaan komputer terlalu besar...aku pun nak semua anak buah di bawah jagaan aku tak ketinggalan ...aku bangga dengan hjh Jamaliah....daripada terkial kial pegang mouse pun tak berapa betul...dia amat tekun belajar..dia tak mahu ketinggalaan walaupun agak berusia...aku,Haida dan Mila tak pernah jemu beri tunjukajar bila dia perlukan...hasilnya..FULAMAK.....dia tak kalah dengan sesiapa pun sekarang...anak buah aku yang lain..semua boleh tahan dengan komputer ni...terutama Haida...macam dah makanan harian dia....aku bangga kerana semua anak buah aku tidak melawan arus...semua akur dengan kehendak semasa...berblog...berfacebook semua boleh alhamdulillah....kalau ada guru baru masuk ke Program aku...aku harap pun biarlah orang nya tidak melawan arus...biar semua selari dengan kehendak semasa....MUDAH-MUDAHAN....

Thursday, January 28, 2010

sibuknya hidup....



Lama sungguh tak menaip di blog.Sejak buka sekolah 4 januari lalu rasa nya belum ada kelapangan masa.Kesibukan mengurus anak-anak dan keluarga juga tuntutan kerjaya yang semakin mencabar membuat aku merasakan tak cukup masa,malah tak ada masa mengadap kat komputer...Tiap-tiap hari terpaksa berkejar kesana kemari mencari barang barang keperluan untuk pembinaan rumah baruku...setakat gobok kecil aje...asalkan dapat berteduh dari hujan dan panas...alhamdulillah mungkin bulan 3 nanti akan merasa situasi rumah baru...18 tahun menanti dan bersabar, dah puas merasa perit dan penat lelah,lepas ni kalau kerabat Terengganu datang barulah merasa duduk dekat sama rendah ,berdiripun dekat sama tinggi...walaupun tetap tak sama...Aduhai suami..jutaan terimakasih kerana terlalu memahami kerenah isterimu ini....
14 Jan baru baru ni berkesempatan balik ke Terengganu menguruskan Batik 100 tahun SK Peserai...penatnya tuhan aje yang tahu.Dalam perjalanan jam 6 ptg tu singgah makan kat Segamat.
Malam tu jam 11 anakanda Puteri dah muntah muntah dan buang air tak berhenti...baiklah jumaat tu sempat lari ke Tepoh...bukan dekat oi....pedalaman....itulah kali ke 2 aku sebagai anak jati Terengganu memijak bumi Tepoh....( kali pertama waktu rombongan ke KTRG tahun 2009)
menguruskan tempahan batik sekolah dan membawa amanah dari p.khas daerah Batu Pahat juga tujuan yang sama...kalau tak kerana ni...tak mungkin tahun ni aku pijak bumi Terengganu sebab tak ada dalam perancangan...apapun hati aku puas dapat jumpa adik beradik dan anak saudara...Bonda kat Doha,Qatar...mungkin 2 tahun nak menetap kat sana dengan adinda Nona...
Sabtu tengahari bertolak balik ke B.Pahat....anakanda Puteri masih dalam keadaan sakit...dah bawa ke klinik Engku Shaikh k.trg, tapi belum berkurang..Suhu badan dia naik mendadak...jam 10 malam kat segamat semula...aku sangat panik bila suhu dia dah tak terkawal...hampir kena fit..nasib aku berpengalaman selama hampir 15 tahun dalam bidang pendidikan khas...saat genting mcm tu aku dapat applykan pengetahuan ku dan cara merawatnya dalam kecemasan....
esoknya muntah dan sakit perutnya masih tak kurang...aku bawa dia ke hospital Daerah Batu Pahat...terus warded!...4 hari dengan 15 botol air dimasukkan melalui tangan....sampai bengkak bengkak tangan anakanda aku....kesian sungguh...24 jam aku kat hospital bersama dia,maklum satu satunya puteri yang aku ada...manja tu dah memang panggilan aku untuknya...memang manja !
Aku pun dah terima contoh kain yang aku buat tempahan untuk sekolah ni...alhamdulillah cantik kat mata aku,dan ramai juga cikgu2 yang tengok, so far....no bad comment! aku harap semua terima dengan redha...untuk kebaikan sekolah...bukan kerja aku buat keuntungan ...aku untung kerana berpeluang jenguk adik beradik kat Terengganu, dapat makan tempahan nasi dagang istimewa yang kekanda aku tempah khas sempena aku balik ke sana...aku untung kerana kekanda aku sediakan banyak makanan kegemaran aku....itu saja....tapi aku PUAS!!!!!!!
Rindu dengan makanan sana......tapi aku tak boleh menetap kat sana ...jiwa aku dah jiwa JAWA.....anak anak aku berdarah jawa +cina....makanan aku sekarang tempe,sambal goreng,botok- botok,buntil keladi,sambal lonte......dah serasi dengan lidah aku... dah 22 tahun aku berjuang menjadi orang kebanyakan....dan aku bangga boleh jadi isteri orang jawa.......
Terengganu adalah kenangan aku...cara hidup yang dah aku tinggalkan sekian lama...aku dah telo nak bercakap bahasa istana...mungkin dah tak sesuai dengan aku...santap bersiram gering beradu....TINGGALLAH KENANGAN!!!!!!!!!