Thursday, January 28, 2010

sibuknya hidup....



Lama sungguh tak menaip di blog.Sejak buka sekolah 4 januari lalu rasa nya belum ada kelapangan masa.Kesibukan mengurus anak-anak dan keluarga juga tuntutan kerjaya yang semakin mencabar membuat aku merasakan tak cukup masa,malah tak ada masa mengadap kat komputer...Tiap-tiap hari terpaksa berkejar kesana kemari mencari barang barang keperluan untuk pembinaan rumah baruku...setakat gobok kecil aje...asalkan dapat berteduh dari hujan dan panas...alhamdulillah mungkin bulan 3 nanti akan merasa situasi rumah baru...18 tahun menanti dan bersabar, dah puas merasa perit dan penat lelah,lepas ni kalau kerabat Terengganu datang barulah merasa duduk dekat sama rendah ,berdiripun dekat sama tinggi...walaupun tetap tak sama...Aduhai suami..jutaan terimakasih kerana terlalu memahami kerenah isterimu ini....
14 Jan baru baru ni berkesempatan balik ke Terengganu menguruskan Batik 100 tahun SK Peserai...penatnya tuhan aje yang tahu.Dalam perjalanan jam 6 ptg tu singgah makan kat Segamat.
Malam tu jam 11 anakanda Puteri dah muntah muntah dan buang air tak berhenti...baiklah jumaat tu sempat lari ke Tepoh...bukan dekat oi....pedalaman....itulah kali ke 2 aku sebagai anak jati Terengganu memijak bumi Tepoh....( kali pertama waktu rombongan ke KTRG tahun 2009)
menguruskan tempahan batik sekolah dan membawa amanah dari p.khas daerah Batu Pahat juga tujuan yang sama...kalau tak kerana ni...tak mungkin tahun ni aku pijak bumi Terengganu sebab tak ada dalam perancangan...apapun hati aku puas dapat jumpa adik beradik dan anak saudara...Bonda kat Doha,Qatar...mungkin 2 tahun nak menetap kat sana dengan adinda Nona...
Sabtu tengahari bertolak balik ke B.Pahat....anakanda Puteri masih dalam keadaan sakit...dah bawa ke klinik Engku Shaikh k.trg, tapi belum berkurang..Suhu badan dia naik mendadak...jam 10 malam kat segamat semula...aku sangat panik bila suhu dia dah tak terkawal...hampir kena fit..nasib aku berpengalaman selama hampir 15 tahun dalam bidang pendidikan khas...saat genting mcm tu aku dapat applykan pengetahuan ku dan cara merawatnya dalam kecemasan....
esoknya muntah dan sakit perutnya masih tak kurang...aku bawa dia ke hospital Daerah Batu Pahat...terus warded!...4 hari dengan 15 botol air dimasukkan melalui tangan....sampai bengkak bengkak tangan anakanda aku....kesian sungguh...24 jam aku kat hospital bersama dia,maklum satu satunya puteri yang aku ada...manja tu dah memang panggilan aku untuknya...memang manja !
Aku pun dah terima contoh kain yang aku buat tempahan untuk sekolah ni...alhamdulillah cantik kat mata aku,dan ramai juga cikgu2 yang tengok, so far....no bad comment! aku harap semua terima dengan redha...untuk kebaikan sekolah...bukan kerja aku buat keuntungan ...aku untung kerana berpeluang jenguk adik beradik kat Terengganu, dapat makan tempahan nasi dagang istimewa yang kekanda aku tempah khas sempena aku balik ke sana...aku untung kerana kekanda aku sediakan banyak makanan kegemaran aku....itu saja....tapi aku PUAS!!!!!!!
Rindu dengan makanan sana......tapi aku tak boleh menetap kat sana ...jiwa aku dah jiwa JAWA.....anak anak aku berdarah jawa +cina....makanan aku sekarang tempe,sambal goreng,botok- botok,buntil keladi,sambal lonte......dah serasi dengan lidah aku... dah 22 tahun aku berjuang menjadi orang kebanyakan....dan aku bangga boleh jadi isteri orang jawa.......
Terengganu adalah kenangan aku...cara hidup yang dah aku tinggalkan sekian lama...aku dah telo nak bercakap bahasa istana...mungkin dah tak sesuai dengan aku...santap bersiram gering beradu....TINGGALLAH KENANGAN!!!!!!!!!


3 comments:

  1. salam Kak Engku
    Adik Puteri dah sembuh ke?
    mesti adik tak lalu nak makan kan..
    nanti kalau ada masa, mailah rumah Along ya

    ReplyDelete