Thursday, October 8, 2009

Dah lama tak menulis di blog....bukan tak nak tapi tak ada kesempatan.Raya dan sepanjang syawal memang sibuk ...maklum beraya di johor sebulan penuh...selain dikunjungi tetamu di kalangan rakan taulan dan saudara mara....kena bersedia menerima kunjungan marhaban lelaki dan perempuan di kampung...meriah tapi memenatkan...apalagi bagi wanita bekerja macam aku ni...kerja melambak nak diurus,rumahtangga pun nak di urus...tetamu tak kira hari bekerja ke tidak tetap berkunjung...tapi aku ingat pesanan arwah abah sewaktu aku kecik...tetamu yang datang adalah rezeki...dan aku tak pernah menolak jika ada tetamu.aku kadang terkenang arwah abah...dia sentiasa bersedia menerima kunjungan tetamu tak kira walaupun tengah malam...apalagi jika orang yang datang memerlukan pertolongan..dia akaan segera dan bersungguh- sungguh menolong...agaknya aku ni mengikut perangai abah jugak...pantang orang mintak tolong, aku akan sedaya upaya akan ikhtiarkan...mudah-mudahan Allah pandang apa yang aku lakukan...kalau Allah tak balas kebaikan untuk diriku, semoga Allah akan permudahkan segala urusan hidup anak anakku dimasa akan datang....insyaallah...sebulan syawal ni jugak perut sentiasa kenyang...adaa aje jemputan makan di rumah terbuka...jadual kena senaraikan, takut lupa...kalau terdaya,,,nak penuhi semua undangan tapi kadangkala tak terpenuh jugak...kat sekolah, majlis jemputan ke rumah nasa tak dapat dipenuhi.. rasa bersalah jugak...tapi hari tu tamu tak berhenti berkunjung ke rumah....sampai suntuk malam... hari sabtu, kat rumah kak senah pulak..hari ahad kat umah mak rohaiza...ahad pun ada sambutan hari raya kat sekolah..program rimup...kerja kawin kat kampung menanti 2 tempat lagi...pas tu jemputan kat rumah Balya dan kat rumah kak midah...penuh oi......sakan beraya nampaknya...begitulah stail beraya kat johor ni.....dah masuk kandang kerbau,aku kenalah menguak.....kalau kat terengganu, raya cuma tiga hari aje.....dah 21 tahun kat johor, macam dah biasa terikut budaya kat sini...

Saturday, August 15, 2009

musim H1N1

Ngeri bila mendengar wabak yang melanda dunia hari ini. Kalau dulu gempar dengan selsema burung, sekarang kita dikejutkan pulak dengan selsema babi...nak sebutpun macam ngeri aje....apapun sebagai seorang muslim yang berpegang pada kekuasaan ALLAH SWT, aku memandang wabak ini sebagai suatu bala yang ALLAH turunkan buat umat di bumi fana ini...kemungkaran terlalu banyak berlaku di depan mata....hingga dah tak kuasa kita nak menghalangnya. Akibat ini terpaksalah sama sama kita menanggung kemurkaan ALLAH ini..Memang benar...bila kederhakaan terhadap ALLAH melata di bumi ini, maka tunggu sajalah bala dari ALLAH yang akan diturunkan. Bukan hanya mereka yang derhaka terhadap suruhan ALLAH yang kena...semua umat kena bersama menanggungnya....bingung kadangkala memikirkan dunia yang dah semakin tua ini....Kita makin alpa dengan kesibukan urusan dunia yang tak akan ada sudahnya...kita semakin sibuk dengan urusan harta dunia yang kita ada, kita semakin berbangga dengan kemewahan yang kita kecapi. Kita bangga dengan pangkat dan darjat yang kita sandang di dunia ini sedangkan bila saja mata kita terpejam dek ajal kita telah sampai.....harta, kemewahan , pangkat dan darjat yang kita ada inilah juga yang bakal menyiksa kita sewaktu kita di alam barzah nanti....yang kita bawa bersama hanyalah kain putih dan amalan ....takutnya....ngerinya.....ya ALLAH yang maha kuasa, janganlah kau jadikan aku manusia yang lalai dan sombong dengan nikmat yang engkau kurniakan...jadikanlah takdir yang baik pada akhir hayatku....Apa daya kita melawan takdir dalam ketentuan ALLAH pada wabak H1N1 ini....aku tak putus-putus memanjat doa agar ALLAH jauhkan wabak ini dari terkena pada ku, anak-anak, suami, keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan dan taulan semua...mudah-mudahan ALLAH selamatkan kita semua dan berikan kita petunjuk dan hidayah yang berpanjangan agar kita tak jauh tersasar dari suruhannya dan berusaha menjauhi larangannya.....insyaallah.

Saturday, August 1, 2009

Puasa dah dekat....tahun kedua aku berpuasa tak cukup corum....along cuma dapat berpuasa 3 hari aje bersama sama aku,ayahnya dan adik-adiknya...lepas hari ketiga kena hantar balik ke SMS Seremban....Sekali lagi aku terpaksa hadapi hari hari berbuka yang hambar tanpa kehadiran dia.Sedih kerana dia akan berbuka ala kadar aje kat dewan makan..sedangkan kat rumah,meja boleh dikatakan penuh ,memenuhi hasrat angah dan adik.Dia tu pemakan juga orangnya,tapi nak tengok lauk...kalau yang dia suka, aku pun rasa tak tertelan sebab takut dia tak cukup...tapi apa nak buat, dah tuntutan masa yang terpaksa aku terima Tahun ni dia SPM, lepas SPM aku harap dia akan duduk berkepit kat bawah ketiak aku sehingga result keluar...lepas tu dia akan semakin jauh belayar mencari arah hidup.Aku sentiasa panjatkan doa untuknya agar dia akan sentiasa dalam peliharaan Allah SWT biar dimana bumi yang dipijak....moga dia akan menemui sinar yang terang dalam hidup,dijauhkan rintangan dan dugaan yang besar,dijauhkan dari kesesatan dunia yang fana ini....along, anak ku yang sulong, permata hati yang pertama bagi ku....orang lain pun ada anak,tapi kasih sayang aku terhadap anak anak tak boleh diukur dengan kata kata..Sejarah hidup yang aku lalui membuatkan aku tak boleh terpisah dari anak anakku.Mereka lah segalanya bagiku....itulah harta yang aku ada...harta yang paling aku sayang....kehilangan kasih sayang mummy membuatkan aku jadi begini ,mungkin......melihat kasih sayang seekor kucing terhadap anaknya pun boleh buatkan air mata aku mengalir laju....aku tahu aku kelihatan cekal,kuat dan tabah,berkeingingan tinggi untuk berjaya di dalam hidup....tapi yang nyatanya aku bukan sekuat itu....melihat drama melayu di tv yang memaparkan seorang ibu memeluk anaknya pun boleh membengkakkan mataku dengan airmata..apalagi menonton Kabbi Qussi Kabbi Gham...melihat kasih sayang seorang ibu angkat terhadap anak angkatnya....bukan anak kandungnya sedangkan aku....tapi aku pasrah.Biarpun luka terus mengalir,itulah takdir hidup yang Allah ber untuk ku...jadi aku memasang tekad...anak anak lah permata hati yang tak boleh ditukar ganti dengan apa jua.....waktu ini aku terkenangkan mummy...sekian lama aku tak merasa belaian kasih sayangnya, sekian lama aku tak menelan masakan hasil air tangannya...Mungkin pada mummy aku telah mati ...tapi pada ku , disetiap helaan nafas yang Allah kurniakan ,dia tetap jauh ku simpan disudut yang teristimewa dihatiku....kaulah ratu hati ku......

Sunday, June 21, 2009

Antara kerjaya dan tanggungjawab

Besar tanggungjawab menjadi wanita berkerjaya. Dalam masa yang sama aku adalah ibu
kepada 3 cahayamata (dah cukup ramai pada ku). Dunia perguruan kini menuntut paradigma, selari kemajuan zaman . 20 Jun2009 yang baru berlalu mendedahkan dunia perguruan dengan I-kit dan myeduwebtv. Pembestarian sekolah menuntut semua staf menjadi bestari, semua mesti selari dengan kehendak yang digaris.Tunggaknya ICT....

Sangat bersyukur kerana komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh staf diPPKI. Merasa diri dah berusia dan kononnya dah line veteren dalam perguruan (21 tahun). Namun, cabaran ini harus tersahut. Melihat kak jam(50 tahun: 21 Jun 2009) yang boleh dikatakan buta ICT sewaktu menerima Laptop fasa 5, tak pernah jemu-jemu dalam menyahut cabaran zaman, sanggup mencatat langkah dari cara mula membuka komputer, menggunakan WORDS, membuat folder, menyimpan data... kalau dulu kak jam nak buat right klik pun terkial-kial....hingga kini dah terror buat powerpoint dan guna scanner....jangan mencabarnya...rasanya kini dia dah lebih terror dari aku!

Haida ku anggap penggerak ICT .Tanpanya tak menjadi laman web dan blog PPKI. Tak pernah mengatakan tidak bila bantuan diperlukan oleh kak jam atau aku...Salwa banyak membantu...Sha tak ada masalah... semuanya lepasan ijazah katakan, anak zaman moden!Dalam diam Mila dan Rohaiza dah pandai buat blog...dah pandai layari gmail.Alhamdulillah PPKI dah ada router sendiri. Melayari internet dan mencari bahan dah jadi routin....semua berkongsi ilmu..
semua nak sahut cabaran pembestarian...Moga Pak wik takkan malu dan tetap merasa bangga ada anak buah seperti kami!PPM kami pun tak ketinggalan.Iken dan ijah terus berusaha memajukan diri....

Kerjaya dan tanggungjawab mesti dilunaskan. Menjadi wanita berkerjaya menuntut pengorbanan besar..Bestari di sekolah...di rumahpun mesti bestari juga...apapun baju nak basuh, lantai nak sapu, tingkap nak lap, baju nak gosok, baju nak lipat, baju nak sidai, sampah nak bakar, gelas dan pinggan nak basuh, bilik air nak berus.....anak nak makan.... dan yang paling penting suami nak manja !! macam lipas kudung rasanya...tu belum kira tuntutan sedara mara...dok kampung katakan...

Sekali lagi aku terbayang kak jam .Aku tetap kalah berbanding dia....Dia bangun seawal 4 pagi, ligat menyediakan sarapan dan persediaan untuk masak tengahari.Balik dari sekolah terus bersilat di dapur menyediakan makan tengahari....petang masak lagi untuk makan malam.....Aduhai tulang empat kerat.....begitu rupanya tuntutan menjadi isteri dan ibu yang berkerjaya....Aku? hari bersekolah masak ringan-ringan aje...Dapurku banyak di warung...Hari minggu aje aku bersilat di dapur.Itu pun kadang suami yang sukarela nak tolong masak.Untung kahwin dengan orang jawa...rajin tolong isteri di dapur walaupun tak di minta....Dia pun lebih tahu, isterinya bukan jenis lasak, silap - silap ligat...demam yang dapat.Dia jugak yang susah kena jadi tukang urut... Itulah Allah takdirkan aku dan dia berjodoh!Syukur sangat!



Apapun semangat jadi kental melihat Pak Wik yang begitu bersungguh- sungguh.Biarpun hidup berbekal ubat,tak pernah nampak riak wajah yang sakit.Nak pimpin lebih 65 staf kearah pembestarian bukanlah satu perkara yang mudah...semua menuntut kesabaran dan ketahanan. Semoga Pak Wik berjaya meneraju SK Peserai dengan Pembestarian!Teringat kata kata dari filem soal hati..."tanpa keberanian mimpi tak mungkin jadi nyata"