Saturday, August 1, 2009

Puasa dah dekat....tahun kedua aku berpuasa tak cukup corum....along cuma dapat berpuasa 3 hari aje bersama sama aku,ayahnya dan adik-adiknya...lepas hari ketiga kena hantar balik ke SMS Seremban....Sekali lagi aku terpaksa hadapi hari hari berbuka yang hambar tanpa kehadiran dia.Sedih kerana dia akan berbuka ala kadar aje kat dewan makan..sedangkan kat rumah,meja boleh dikatakan penuh ,memenuhi hasrat angah dan adik.Dia tu pemakan juga orangnya,tapi nak tengok lauk...kalau yang dia suka, aku pun rasa tak tertelan sebab takut dia tak cukup...tapi apa nak buat, dah tuntutan masa yang terpaksa aku terima Tahun ni dia SPM, lepas SPM aku harap dia akan duduk berkepit kat bawah ketiak aku sehingga result keluar...lepas tu dia akan semakin jauh belayar mencari arah hidup.Aku sentiasa panjatkan doa untuknya agar dia akan sentiasa dalam peliharaan Allah SWT biar dimana bumi yang dipijak....moga dia akan menemui sinar yang terang dalam hidup,dijauhkan rintangan dan dugaan yang besar,dijauhkan dari kesesatan dunia yang fana ini....along, anak ku yang sulong, permata hati yang pertama bagi ku....orang lain pun ada anak,tapi kasih sayang aku terhadap anak anak tak boleh diukur dengan kata kata..Sejarah hidup yang aku lalui membuatkan aku tak boleh terpisah dari anak anakku.Mereka lah segalanya bagiku....itulah harta yang aku ada...harta yang paling aku sayang....kehilangan kasih sayang mummy membuatkan aku jadi begini ,mungkin......melihat kasih sayang seekor kucing terhadap anaknya pun boleh buatkan air mata aku mengalir laju....aku tahu aku kelihatan cekal,kuat dan tabah,berkeingingan tinggi untuk berjaya di dalam hidup....tapi yang nyatanya aku bukan sekuat itu....melihat drama melayu di tv yang memaparkan seorang ibu memeluk anaknya pun boleh membengkakkan mataku dengan airmata..apalagi menonton Kabbi Qussi Kabbi Gham...melihat kasih sayang seorang ibu angkat terhadap anak angkatnya....bukan anak kandungnya sedangkan aku....tapi aku pasrah.Biarpun luka terus mengalir,itulah takdir hidup yang Allah ber untuk ku...jadi aku memasang tekad...anak anak lah permata hati yang tak boleh ditukar ganti dengan apa jua.....waktu ini aku terkenangkan mummy...sekian lama aku tak merasa belaian kasih sayangnya, sekian lama aku tak menelan masakan hasil air tangannya...Mungkin pada mummy aku telah mati ...tapi pada ku , disetiap helaan nafas yang Allah kurniakan ,dia tetap jauh ku simpan disudut yang teristimewa dihatiku....kaulah ratu hati ku......

No comments:

Post a Comment