Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul

Tiga minggu kebelakangan ni amat memenatkan...bila umur dah jejak 'AsAR' ni, penat sangat bila terkejar kejar memenuhi jadual hidup....Mesyuarat Daerah,mesyuarat kampung ...semua tuntutan kena terpenuh...Jumaat esok majlis maulud kat sekolah...malam ni pun majlis sambutan maulud kampung kat surau depan rumah...tadi sepetang kat bandar mencari barang untuk persediaan sambutan maulud WI jam 2.30 petang di surau depan rumah jugak...YA ALLAH ,,,berilah kekuatan dan kesihatan yang baik untuk ku.....kadang aku rasa tak lagi terdaya......tapi aku bukanlah orangnya yang akan mengelak dari tugas.. Itupun kesian rakan rakan AJK ku yang akan berhempas pulas memasak pagi esok...aku tak dapat rewang kerana ada majlis kat sekolah,satu kewajipan yang mesti ditunaikan....Beginilah hidup....dan aku sentiasa berdoa agar Allah mengurniakan aku kesihatan yang baik,sihat dan janganlah jadikan aku hamba yang alpa terhadap nikmat yang DIA kurniakan padaku....Terkenang perjuangan Rasul...apa ertinya kesakitan yang kita rasa sekelumit ini, kepenatan kita yang jauh tak tertanding dengan kepenatan Rasul membawa sinar pada umat seluruhnya....Kerdilnya kita di sisiNYA......Amin.

1 comment:

  1. assalamualaikum
    apa khabar kak ungku?
    kak sila dijemput mengambil 'award' di teratak saya ya.
    http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/?p=828

    ReplyDelete