Sunday, December 28, 2008

Ayahanda dalam kenangan

30 Nov 2008 Senja itu hati berdegup kencang...bagai namaku disebut orang...deringan telefon dari adinda Adda di Pekan menamatkan debaran di hati.Ayahanda gering kuat di Hospital Sultanah Zahirah, Terengganu. Seketika lagi ku sambut deringan telefon dari Bonda Tiri, memaklumkan ayahanda baru saja kembali ke rahmatullah...6.50 petang....

Segera aku mengarahkan anak-anak berkemas baju keperluan masing masing. Selepas solat maghrib, kami mula bertolak ke Kuala Terengganu. Malam itu aku langsung tak terlelap, menemani suami memandu. Tiba saja di Kemaman, ribut dan hujan turun dengan begitu lebat sekali. Alhamdulillah jam 3.30 pagi kami tiba dengan selamat di destinasi yang di tuju.

Alfatihah sentiasa di bibir dan di hatiku sebagai hadiah dari seorang anak kepada ayahanda tercinta....Bonda sedang megerjakan haji di Mekah, jadi jenazah ayahanda akan diuruskan di rumah Bonda Tiri....Segalanya ketentuan Yang Maha Esa...Setiap episod hidup bersama ayahanda berulang- ulang di memori ingatan. Kesedihan, kedukaan, keperitan dan kebahagiaan yang pernah terkecap bersama ayahanda jelas di ingatan.....begitupun, ketahuilah wahai ayahanda tercinta....kau tetap satu satunya ayahandaku di dunia ini.....Alfatihah untukmu!

1 comment:

  1. tahniah akak!! amboih, ni dah kira ok dah ni.. cuma tinggal nak tambah sikit2 je lagi.. kak jam pun mesti nak buat satu juga lepas ni hihihihi... sesamalah kita jayakan Sekolah Bestari Luar Bandar yer.. murid bestari, guru bestari, guru besar bestari dah tentu sekolah bestari...

    ReplyDelete