Sunday, June 21, 2009

Antara kerjaya dan tanggungjawab

Besar tanggungjawab menjadi wanita berkerjaya. Dalam masa yang sama aku adalah ibu
kepada 3 cahayamata (dah cukup ramai pada ku). Dunia perguruan kini menuntut paradigma, selari kemajuan zaman . 20 Jun2009 yang baru berlalu mendedahkan dunia perguruan dengan I-kit dan myeduwebtv. Pembestarian sekolah menuntut semua staf menjadi bestari, semua mesti selari dengan kehendak yang digaris.Tunggaknya ICT....

Sangat bersyukur kerana komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh staf diPPKI. Merasa diri dah berusia dan kononnya dah line veteren dalam perguruan (21 tahun). Namun, cabaran ini harus tersahut. Melihat kak jam(50 tahun: 21 Jun 2009) yang boleh dikatakan buta ICT sewaktu menerima Laptop fasa 5, tak pernah jemu-jemu dalam menyahut cabaran zaman, sanggup mencatat langkah dari cara mula membuka komputer, menggunakan WORDS, membuat folder, menyimpan data... kalau dulu kak jam nak buat right klik pun terkial-kial....hingga kini dah terror buat powerpoint dan guna scanner....jangan mencabarnya...rasanya kini dia dah lebih terror dari aku!

Haida ku anggap penggerak ICT .Tanpanya tak menjadi laman web dan blog PPKI. Tak pernah mengatakan tidak bila bantuan diperlukan oleh kak jam atau aku...Salwa banyak membantu...Sha tak ada masalah... semuanya lepasan ijazah katakan, anak zaman moden!Dalam diam Mila dan Rohaiza dah pandai buat blog...dah pandai layari gmail.Alhamdulillah PPKI dah ada router sendiri. Melayari internet dan mencari bahan dah jadi routin....semua berkongsi ilmu..
semua nak sahut cabaran pembestarian...Moga Pak wik takkan malu dan tetap merasa bangga ada anak buah seperti kami!PPM kami pun tak ketinggalan.Iken dan ijah terus berusaha memajukan diri....

Kerjaya dan tanggungjawab mesti dilunaskan. Menjadi wanita berkerjaya menuntut pengorbanan besar..Bestari di sekolah...di rumahpun mesti bestari juga...apapun baju nak basuh, lantai nak sapu, tingkap nak lap, baju nak gosok, baju nak lipat, baju nak sidai, sampah nak bakar, gelas dan pinggan nak basuh, bilik air nak berus.....anak nak makan.... dan yang paling penting suami nak manja !! macam lipas kudung rasanya...tu belum kira tuntutan sedara mara...dok kampung katakan...

Sekali lagi aku terbayang kak jam .Aku tetap kalah berbanding dia....Dia bangun seawal 4 pagi, ligat menyediakan sarapan dan persediaan untuk masak tengahari.Balik dari sekolah terus bersilat di dapur menyediakan makan tengahari....petang masak lagi untuk makan malam.....Aduhai tulang empat kerat.....begitu rupanya tuntutan menjadi isteri dan ibu yang berkerjaya....Aku? hari bersekolah masak ringan-ringan aje...Dapurku banyak di warung...Hari minggu aje aku bersilat di dapur.Itu pun kadang suami yang sukarela nak tolong masak.Untung kahwin dengan orang jawa...rajin tolong isteri di dapur walaupun tak di minta....Dia pun lebih tahu, isterinya bukan jenis lasak, silap - silap ligat...demam yang dapat.Dia jugak yang susah kena jadi tukang urut... Itulah Allah takdirkan aku dan dia berjodoh!Syukur sangat!



Apapun semangat jadi kental melihat Pak Wik yang begitu bersungguh- sungguh.Biarpun hidup berbekal ubat,tak pernah nampak riak wajah yang sakit.Nak pimpin lebih 65 staf kearah pembestarian bukanlah satu perkara yang mudah...semua menuntut kesabaran dan ketahanan. Semoga Pak Wik berjaya meneraju SK Peserai dengan Pembestarian!Teringat kata kata dari filem soal hati..."tanpa keberanian mimpi tak mungkin jadi nyata"