Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul

Tiga minggu kebelakangan ni amat memenatkan...bila umur dah jejak 'AsAR' ni, penat sangat bila terkejar kejar memenuhi jadual hidup....Mesyuarat Daerah,mesyuarat kampung ...semua tuntutan kena terpenuh...Jumaat esok majlis maulud kat sekolah...malam ni pun majlis sambutan maulud kampung kat surau depan rumah...tadi sepetang kat bandar mencari barang untuk persediaan sambutan maulud WI jam 2.30 petang di surau depan rumah jugak...YA ALLAH ,,,berilah kekuatan dan kesihatan yang baik untuk ku.....kadang aku rasa tak lagi terdaya......tapi aku bukanlah orangnya yang akan mengelak dari tugas.. Itupun kesian rakan rakan AJK ku yang akan berhempas pulas memasak pagi esok...aku tak dapat rewang kerana ada majlis kat sekolah,satu kewajipan yang mesti ditunaikan....Beginilah hidup....dan aku sentiasa berdoa agar Allah mengurniakan aku kesihatan yang baik,sihat dan janganlah jadikan aku hamba yang alpa terhadap nikmat yang DIA kurniakan padaku....Terkenang perjuangan Rasul...apa ertinya kesakitan yang kita rasa sekelumit ini, kepenatan kita yang jauh tak tertanding dengan kepenatan Rasul membawa sinar pada umat seluruhnya....Kerdilnya kita di sisiNYA......Amin.

Monday, February 15, 2010

ICT....celik ke aku?

Menyebut aje ICT dalam usiaku dah tahun ke 44 ni...macam dah jauh ketinggalan rasanya...namun dalam menyahut seruan berkerjaya seperti aku adalah satu kemestian....jadi nak tak nak, dengan minat ada jugalah sikit pada mulanya,waktu tu tahun 1997, di SK Bandar,Pn Saah seorang yang sangat bersemangat dalam pembaharuan yang datang dalam bidang perguruan ini...setiap guru ada disediakan jadual belajar...waktu tu cikgu Khalidi sebagai meneraju(sekarang dia dah jadi GB)...dan aku bangga waktu tu aku antara yang cepat dapat kuasai apa yang diajar..maklum usia baru 31 tahun...tapi waktu tu tak ada sangatkomputer kat sekolah...adapun dua bijik aje kat pejabat...
Menyahut cabaran waktu tu aku terus dapatkan member aku yang buka kedai komputer...aku pun beli sebijik .Bila dah ada kat rumah tu, dapatlah aku godak- godak komputer tu...tak lah guna sangat pun...kejab kejab aku kena panggil kawan aku...ada aje yang error...tak tahan dengan tu aku hantar anakanda sulong aku belajar komputer dari buta hingga pandai betulkan ....waktu tu aku modalkan RM 1500...harga kekawan .anakanda aku masih kecil tapi ya allah...dia punya minat pada komputer dah macam Guru Besar aku sekarang Tn.Hj Sarkawi....tapi dari situlah dia mula pandai dan dialah yang ajar aku nak pakai word dan buat lembaran kerja untuk anak murid aku....bangga jugak aku sepoint dengan anakanda aku tu...pickup dia ok...
Bila dah tukar kat SK Peserai, tak lah jadi masalah sangat kat aku kalau nak guna word tu...tapi rupanya kat sini lagi kena agresif dengan komputer!
maklum ...sekolah bestari...tuntutan nya dalam penguasaan komputer terlalu besar...aku pun nak semua anak buah di bawah jagaan aku tak ketinggalan ...aku bangga dengan hjh Jamaliah....daripada terkial kial pegang mouse pun tak berapa betul...dia amat tekun belajar..dia tak mahu ketinggalaan walaupun agak berusia...aku,Haida dan Mila tak pernah jemu beri tunjukajar bila dia perlukan...hasilnya..FULAMAK.....dia tak kalah dengan sesiapa pun sekarang...anak buah aku yang lain..semua boleh tahan dengan komputer ni...terutama Haida...macam dah makanan harian dia....aku bangga kerana semua anak buah aku tidak melawan arus...semua akur dengan kehendak semasa...berblog...berfacebook semua boleh alhamdulillah....kalau ada guru baru masuk ke Program aku...aku harap pun biarlah orang nya tidak melawan arus...biar semua selari dengan kehendak semasa....MUDAH-MUDAHAN....